~Nuffy nuff nuff~

Monday, May 9, 2016

#dakLeo

Dear MOD,

Let's explain why we named the boy Leo.

Sebenarnya aku nak kucing nama Muffin. Tapi budak ni warna kelabu. Eh macam tak kena je muffin kaler kelabu. hehe kalau warna brown-brown ke orange memang sesuai sangatlah kan.
Gebu-gebu cam muffin rasa nak gigit. hewhewhew

Sekiranya masih ingat aku ada ceritakan tentang adik budak ni yang dibela Izzue Islam, Izzue namakan budak tu Lola.

So aku nak nama tu macam ala-ala adik dia jugaklah kononnya.
Kan macam ada kena mengena tu. LEO - LOLA. err kan kan kan? hekhek~

Plus, budak ni kan berbelang-belang macam harimau so aku panggil la LEO =)

Ngaaaaa itu je kisahnya..hewhewhew



Leo adalah budak yang sangat suka tidur dari petang sampai malam lepas tu bila bangun malam aktif dan mengacau orang nak tidur.

Engkau tengok lah muka dia tidur, mamai-mamai bila kita duk kacau-kacau dia suruh bangun.
Sakit hati kan? grrr~




Tempat favourite dak Leo tidur adalah atas katil (specifically atas selimut), kat tepi pintu cermin, dan atas sofa.

Memang muka comel tak tentu hala dan semakin hari semakin pandai. Macam-macam perangai budak ni.

1. Tengok orang panjat tangga amik barang kat kabinet atas jap lagi dia pun senyap-senyap panjat tangga tu tengok atas.
2. Tengok orang pulas tombol pintu nak bukak jap lagi dia pun panjat meja berdekatan dan tolak-tolak pegang-pegang tombol pintu.
3. Bila dekatkan muka buat macam nak cium dia, dia pun dekatkan muka and cium-cium kita.
4. Bila orang buat something dia akan duduk diam je kat tepi tengok je kita, teman kita.
5. Asal baring melepak-lepak kat sofa dia pun nak jugak duduk kat tempat penyandar sofa gerak-gerak ekor sampai kena muka kita.
6. Kalau dia mintak kita belai, kita buat tak tau, dia duduk jugak kat kaki kita dan bergolek-golek dan terlentang mintak belai, gosok-gosok perut dia. Hoihh mengada betul!
7. Asal kaki tergantung je dia datang gesel-gesel kepala dan leher kat kaki kita suruh belai.

Banyak lagi benda comel dia buat benarnya. Sebab tu semakin hari semakin sayang.


****************
oohhhhh ada satu lagi cerita!

Kakak aku yang second ni suka bawak Leo tidur dengan dia. Ada satu hari tu, masa nak masuk bilik dia tengok pintu bilik tertutup tapi tak rapat sedangkan dia tau dia tinggalkan pintu bilik tu ternganga luas tadi.

Bila tolak slow-slow pintu tu, dak Leo tolak balik pintu tu nak tutup. Bila bukak pintu rupa-rupanya dia buat sepah! Habis tilam, bantal kat bawah.

Dak Leo ni suka tidur atas tilam, nak ada bantal so mungkin tunggu kakak aku lama sangat dia dulu nak "bentang" kan tilam ke camne tak tau lah. =__="

***************


Mensibuk. 
Orang lepak sofa dia pun nak jugak.


"Rahsia kecomelan saya? Tentunya Lancome. Ukurlah menggunakan pembaris."

Friday, May 6, 2016

Halal Samyang Korean Kimchi Ramen

Dear My Online Diary,

I do not know since when I got soooooo obsessed with Korean Food.

Especially ramen!!

Selepas merasa Hot Chicken Ramen itu hari, memang dah jadi lebih ketagih nak mencari Korean Ramen yang halal (dan tak pedas menggila of course).

So, on one fine day masa beli groceries dekat Jaya Grocer Intermark I found this thing
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

taraaaaaaaa



Oh you Kimchi Ramen! How could you do this to me???

Goda-goda i suruh beli.

I ni kan manusia yang lemah, tentulah bawa pulang sepeket untuk cuba  =__="


Ermm, I saw a video how they eat a reaaallllyyyy damn nice tteopokki in Korea with kimchi, additional cabbage, hotdogs, egg, CHEESE, and whatnot.

Wait..

What?? CHEESE??

Oh yes.

There were sliced cheddar inside the tteopokki!



Tentulah aku terliur dan nak buat macam tu jugak. Sooo........................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Hakhak ni je mampu. Boleh ah weyy dari takde ye dak? 
Masih dalam konsep yang sama, bukan? =D



Lepas dari eksperimen ni, aku rasa lebih bersemangat untuk beli sepeket besar terus yang ada 5 ketul ramen kat dalam. Sebab Kimchi Ramen ni memang kena sangat dengan tekak dan taste aku. Yahoooo~



Dan,


Semalam pergi Pavilion konon nak teman colleague pergi usha-usha Jovian Mandagie, last-last balik opis jinjing sepeket besau ramen ni. hah acane tu? hehe

Elok pulak yang aku teman nak mencari JM tu kaki makan jugak, hah elok sangatlah dedua sama. Sorang jinjing Halal Samyang Korean Kimchi Ramen, sorang lagi Halal Spicy Yukgaejang..
Lepas tu swap satu keping. Aku bagi dia satu kimchi ramen, dia bagi aku satu spicy yukgaejang..
wiwiwiwiiii~

Pastu, bebudak opis yang lain pun berjangkit menyimpan hasrat nak beli jugak. mihmihmih~

Maka,

Aku pun tidur lena semalam (ke sebab tak cukup tidur dan penat entah) dan terasa bahagia~



FAQ / Review Halal Samyang Korean Kimchi Ramen


Apa perasaan makan Halal Samyang Korean Kimchi Ramen ni?
- Sudah tentu gembira dan bahagia.
- Rasa macam asam rebus pun hado
- Sebenarnya lebih kepada rasa macam spicy seafood ramen Dubuyo, bezanya yang ni tidaklah spicy pun.
- Tak pedas.
- Mi kenyal, sedap, tak kembang, tak muai
- Kalau tak betul-betul lapar atau tak suka the idea of eating ramen with cheese, takyah la nak letak cheese tu. Kang kembang tekak pulak. Makan je pure gitu atau tambah kimchi kalau suka. Ikutlah guane pung~


Berapa harga?
- Aku beli sepeket untuk rasa kat Jaya Grocer, Intermark = RM 3 lebih
- Sepeket besau yang dalam dia ada 5 keping = Sila refer resit di bawah (Beli kat Mercato Pavilion)




Halal ke tidak?



Apa ingredient dalam Samyang Korean Kimchi Ramen tu?




Sebarang pertanyaan mengenai isu halal ke ingredient memang aku tak pandai nak jawab. 
Ite tunjuk dan share di sini jew =)


~Nuffy nuff nuff~