~Nuffy nuff nuff~

Monday, May 9, 2016

#dakLeo

Dear MOD,

Let's explain why we named the boy Leo.

Sebenarnya aku nak kucing nama Muffin. Tapi budak ni warna kelabu. Eh macam tak kena je muffin kaler kelabu. hehe kalau warna brown-brown ke orange memang sesuai sangatlah kan.
Gebu-gebu cam muffin rasa nak gigit. hewhewhew

Sekiranya masih ingat aku ada ceritakan tentang adik budak ni yang dibela Izzue Islam, Izzue namakan budak tu Lola.

So aku nak nama tu macam ala-ala adik dia jugaklah kononnya.
Kan macam ada kena mengena tu. LEO - LOLA. err kan kan kan? hekhek~

Plus, budak ni kan berbelang-belang macam harimau so aku panggil la LEO =)

Ngaaaaa itu je kisahnya..hewhewhew



Leo adalah budak yang sangat suka tidur dari petang sampai malam lepas tu bila bangun malam aktif dan mengacau orang nak tidur.

Engkau tengok lah muka dia tidur, mamai-mamai bila kita duk kacau-kacau dia suruh bangun.
Sakit hati kan? grrr~




Tempat favourite dak Leo tidur adalah atas katil (specifically atas selimut), kat tepi pintu cermin, dan atas sofa.

Memang muka comel tak tentu hala dan semakin hari semakin pandai. Macam-macam perangai budak ni.

1. Tengok orang panjat tangga amik barang kat kabinet atas jap lagi dia pun senyap-senyap panjat tangga tu tengok atas.
2. Tengok orang pulas tombol pintu nak bukak jap lagi dia pun panjat meja berdekatan dan tolak-tolak pegang-pegang tombol pintu.
3. Bila dekatkan muka buat macam nak cium dia, dia pun dekatkan muka and cium-cium kita.
4. Bila orang buat something dia akan duduk diam je kat tepi tengok je kita, teman kita.
5. Asal baring melepak-lepak kat sofa dia pun nak jugak duduk kat tempat penyandar sofa gerak-gerak ekor sampai kena muka kita.
6. Kalau dia mintak kita belai, kita buat tak tau, dia duduk jugak kat kaki kita dan bergolek-golek dan terlentang mintak belai, gosok-gosok perut dia. Hoihh mengada betul!
7. Asal kaki tergantung je dia datang gesel-gesel kepala dan leher kat kaki kita suruh belai.

Banyak lagi benda comel dia buat benarnya. Sebab tu semakin hari semakin sayang.


****************
oohhhhh ada satu lagi cerita!

Kakak aku yang second ni suka bawak Leo tidur dengan dia. Ada satu hari tu, masa nak masuk bilik dia tengok pintu bilik tertutup tapi tak rapat sedangkan dia tau dia tinggalkan pintu bilik tu ternganga luas tadi.

Bila tolak slow-slow pintu tu, dak Leo tolak balik pintu tu nak tutup. Bila bukak pintu rupa-rupanya dia buat sepah! Habis tilam, bantal kat bawah.

Dak Leo ni suka tidur atas tilam, nak ada bantal so mungkin tunggu kakak aku lama sangat dia dulu nak "bentang" kan tilam ke camne tak tau lah. =__="

***************


Mensibuk. 
Orang lepak sofa dia pun nak jugak.


"Rahsia kecomelan saya? Tentunya Lancome. Ukurlah menggunakan pembaris."

2 comments:

YattAkasah said...

wehh comelllllllllarghhhhhhh

Unknown said...

Comellll...

~Nuffy nuff nuff~