~Nuffy nuff nuff~

Tuesday, May 3, 2016

Makhluk Tuhan Paling Seksi

Makhluk Tuhan Paling Seksi....... kat rumah =)


Dear MOD,

Aku tulis ni supaya aku tak lupa. Perkenalkan, our babyboy, LEO =)



Leo ni kami beli kat kedai haiwan peliharaan di Viva Home Cheras. 
Memang we were looking for house cat, taubat taknak lepas kucing keluar dah lepas kematian Chinta and kehilangan Mochie =(

We bought this boy on 1st March 2016. 

Ceritanya begini;

Leo ni dari lahir dia geng dan bestfriend dengan adik dia (adik dia girl). 

Masa kami tengah tengok-tengok survey-survey kucing kat pet shop tu aku nampak Izzue Islam, Awin Nurin (wife Izzue), Ariz and my junior masa sekolah menengah dulu (their PA) kat situ. Dalam hati dah yeksaited nak arwah dah tengok Izzue. Saja kepochi tengok-tengok usha-usha rupanya dia beli seekor kucing jugak. Cantik kucing yang dia beli. Warna kelabu muda, belang-belang hitam kelabu gelap camtu.

Aku tegur la junior aku tu, saja kepochi tanya. Dia pun ceritalah, dorang singgah Viva Home sebab ada latihan sebelum Anugerah Meletop Era. Awin nak cari kasut but end up dorang beli kucing. Dia pun ceritalah, kucing yang Izzue beli tu ada abang. Izzue kesian nak pisahkan dorang memula tapi dia nak seekor je. So dia amik si adik.

Tu yang aku pergi tengok si abang. Alahaiiiii, meruntunnya hati tengok si budak ni tunduk je. Sedih kot. Kakak aku panggil-panggil hulur tangan, budak tu masih tunduk dan hanya hulur tangan dia gitu ja tanpa bergerak. Masa tu kitorang kesian sangat kat dia dan panggil dia Si Depressed. hehe
Kesian, depressed sebab berpisah dengan adik, takde geng. Kakak aku kata takpe jangan beli dulu. Kita balik pikir dulu sebab nak mencari yang lebih murah kot-kot dapat kat tempat lain.

Saat dari gerak dari Viva Home tu sampai ke pagi esok sampai hari selepasnya aku, adik aku and anak buah aku Si Azrul duk menyanyi-nyanyi nak sangat Si Depressed tu. Sebab kesian je tengok dia masa tu. Comel pun comel. 

So lepas dua hari, kami pun decide nak beli Si Depressed. Sebelum pergi ke pet shop tu aku call dulu, tanya dia ada lagi ke tak, okay ke tak. Orang tu kata baguslah nak beli, kesian dia sedih berpisah dengan adik. Perangai dia berubah dan memang nampak depressed. Duk mengiau-ngiau.

So kitorang pun bergegas la pergi beli dia. Mula-mula bukak cage dia takmau keluar pun. Ngiau-ngiau camtu je. Lepas tu pegang-pegang dia sikit dia lompat kat bahu. Dia bertenggek kat bahu macam adik dia bertenggek kat bahu Izzue masa Izzue bawak adik dia balik. Dia taknak kita pegang ye, kekwat budak ni. Bertenggek saje.

Birthday dia : 8 Oktober 2015 =)

Lama jugak tau kami kat pet shop tu masa nak beli Si Depressed ni. Bawak dia jalan-jalan keliling kedai, nego harga, nego apa lagi barang yang boleh dapat, dapatkan advice tentang makanan, penjagaan dia, isi borang bagai-bagailah. Haaa giteww..

Masa pusing-pusing kedai ni mata aku dah merah, selesema tiba-tiba, memang teruk la rupa masa tu. Dah agak macam alergik dengan budak ni tapi kuatkan semangat sebab nak jugak dia macam mana pun. hehe

Dalam kereta masa bawak balik dia kami takde nama lagi untuk dia. Masa tu mata dia besar je melilau tengok sana sini. Mungkin sebab dia rasa persekitaran baru. Kejap tak tentu arah, kejap senyap.

Ni after few hours dia sampai rumah. 
Duk yeksaited main dengan tempat tidur Hello Kitty dia, main cakar-cakar kat pencakar tu. 

He is a boy tapi tempat tidur Hello Kitty sebab aku suka Hello Kitty.. Haha aci tak cemtuh? Kakak aku pun pening. Ala, kucing takkan menghadapi kecelaruan atau kekeliruan identiti khennn..ngehngehngeh~

Yang pasti, I remember how happy my dad was when we show this boy to him. Masa tu bagi je kat my dad, budak ni duk diam je atas paha my dad. Memang behave sangat duduk atas paha sambil tengok TV ngan my dad. My dad kata, "Comel. Jinak sangat"

Memang salah satu sebab nak cari kucing ni adalah nak gembirakan our dad. Lepas Mochie hilang, Chinta mati, our dad dah takde kawan dia nak usik-usik, nak bercakap-cakap masa kitorang pergi kerja. Duk layan burung murai yang datang hari-hari kat rumah setakat bagi makan jelah, baru nak bercakap dah terbang..huhu
So, at least bila ada budak ni, ada la teman untuk our dad. 

Maka bermulalah episod kecintaan terhadap budak ini........ =)





To be continued...........






No comments:

~Nuffy nuff nuff~