~Nuffy nuff nuff~

Tuesday, January 27, 2015

Revamping Blog Beribiru

Assalammualaikum,

Uiisshhhh dah lama tak menaip kat sini. 
Dah fikir lama ni, sekarang rasa inilah masanya untuk kembali ke sini..hewhewhew~
Rupa blog pun aku dah ubah supaya dah tak nampak kebudak-budakkan lagi.
Header tu sengaja aku biarkan. Sebab rasa malas buat baru..hehe

Kali ni nak cuba istiqomah sikit.. Dan sangat sure akan lebih dewasa dari post-post dulu..

Dulu banyak posts, tapi semua sampah. Dahlah pening bace sebab guna shortforms.
Sekarang taip mesej kat telefon pun dah taip penuh-penuh ejaan tu oke!
Tak mainlah shortforms segala ni~

 Maka, aku vacuum semua throw dalam draft je buat kenangan. Memang definately tak sesuai untuk pembacaan umum..huhu~

Kalau ikutkan, blog ni dah wujud dari tahun 2009. Tapi apa pun tarak. Boo~
Dulu orang buat blog, aku pun buat. Ingatkan boleh jadikan diari camtulah. 

Bila dah tau blog ni actually boleh jadi lebih dari sekadar diari, beriyalah aku try nak follow the flow kasi naik blog, kasi naik nama. At last, tak jadi pun. What a shame. LOL.

Beberapa cubaan nak update tahun lepas, tahun sebelum tu,,,,lepas tu rasa macam, 
"Heyy jadah apa yang aku cuba lakukan ini?"
Fine.
Lepas tu............ahhh....forget it!

Awal tahun ni aku banyak terbaca, terselak, terstalk pulak Blog Life 101
Terus saka menaip datang balik! 
Cayalah Kak Yana! Bangga tak dapat beri orang semangat secara tiba-tiba?
hehe

.....................................................................................................................................


Bismillahirrahmannirrahim,


Dengan ini, aku mulakan semula penulisan di blog ini meskipun tiada pembaca...!!!



PERHATIAN!

Blog ini kemungkinan akan banyak mengandungi review, cerita dan pelbagai benda berkaitan WANITA ye =)


Sebab?

- sebab every time nak beli sesuatu barang aku sendiri suka search sana sini terutamanya blog yang BUKAN penjual barang itu. **Kalau penjual semua harus positif je ceritanya kan? 
- sebab aku suka
- sebab aku kepochi
- sebab sayangkan boipren.. eh?? #tetiba #takdekaitan


Ok lah, bye.
Semoga blog ni ada pembaca.

LOL





6 comments:

yanamib said...

akk org first komen eh?? yeyyy!

welkambek!! tetibe x sbr tggu next entry..ehh! :p

Unknown said...

wahahah tahniah kerana menjadi yang pertama Kak Yana!!

MizzTina said...

sayangkan boipren?? hahaha..

Unknown said...

hahah maafkan ketidakadakaitan itu..haha

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. ekkeke. chaiyok2. semoga terus menaip dengan lebih galak ~~~

Unknown said...

waalaikummussalam..
insyaAllah thank you sistaa!!!

~Nuffy nuff nuff~