~Nuffy nuff nuff~

Thursday, February 12, 2015

Resipi Mi Ladna Mudah #byberibiru

Hai.

Gedik aih tajuk. Aje tunjuk yang masakan ni mudah 
dan dimasak dengan cara aku

Okay ke okay?
Jawab okay sekarang! hiks

This is very de easy. Pwomish. (-.~)v

Mi
1. Sila basuh mi bersih-bersih lepas tu rendam dengan air panas sekejap. Tos.

2. Panaskan minyak dalam 2 hingga 3 sudu besau.
**iolls pakai minyak jeton. healthy konon. :)

3. Tumis bawang putih yang diketuk dalam 2 hingga 3 ulas.

4. Bila bawang putih dah brown-brown sikit, campak halia pulak.
**Halia aku suka hiris nipis-nipis pastu tumbuk sikit je kengkonon nak kasi essence lebih. 
Ikutlah kau nak buat macam mana.

5. Masukkan :
- 1 sudu besar kicap pekat,
- 1 sudu besar sos tiram,
- 1 sudu kecil sos ikan.
- Kalau ada plum sauce boleh letak dalam 1 sudu besar jugak
- Garam segenggam
**haha kidding. secukup rasa je okay :)

6. Letak few drops of minyak bijan. Gaul-gaul segala campuran sos tu masukkan mi tadi lepas tu gaul mesra.

7. Tutup api dan ketepikan.



Kuah
1. Tumis 2-3 ulas bawang putih. Macam biasa minyak sikit je dalam 2 sudu besau.
**sebab aku tak suka kuah berminyak sangat.

2. Macam biasa lagi, sebelum bawang putih bertukar jadi Chris Brown, kau letak la beberapa hiris haliaLengkuas sikit.
**ada orang suka letak masa tumis ada orang suka letak kemudian. 
Ikut lah camne kebiasaan korang.

3. Masukkan :
- 1 sudu besau sos ikan
- 1 hingga 2 sudu sos tiram
- 1 sudu plum sauce **kalau nak lah

4. Masukkan hidupan yang kau impikan. Landak laut ke Kuda Laut ke. ok kidding lagi.
Masukkan ayam/sotong/udang/daging. Kacau-kacau sikit lepas tu masukkan air ikut sebanyak mana kuah yang korang nak.
**jangan banyak sangat air, korang bukan nak hirup kuah macam mi sup.

5. Seasoning session, korang letak lah ajinomoto ke cukup rasa ke apa ikut kebiasaan korang.
Aku pakai garam dan kiub pati ikan bilis secukup rasa.

6. Masukkan cili api yang diketuk, daun limau purut yang telah dikoyak-koyakkan serta flora fauna kesukaan kau.
- Letak lah kau punya baby jagung ke, sawi, lobak merah ke.
**Jangan sampai layu sangat nanti tak sedap.
- Daun limau purut tu letak dalam 2 atau 3 helai kalau saiz kecil.
**aku koyak-koyak nak bagi bau dia keluar. Kalau  malas koyak, scratchkan daun tu pakai garpu je.

7. Bancuh 1 hingga 2 sudu teh tepung jagung dengan air panas lepas tu masukkan dalam kuah weolls.
**yang ni kena ikut tahap kebolehan tekak korang untuk menerima kepekatan kuahnya.

8. Perah sedikit limau nipis atau lemon. Jangan banyak sangat, korang bukan nak buat tomyam. Nak perfect kan rasa dan bau je. Guna dalam 2 atau 3 sudu besau camtu ikut kuantiti masakan korang.

9. Kacau-kacau sikit, nampak dia mula mendidih boleh tutup api dan hidangkan.



Additional :
1. Masa letak tepung jagung jangan macam kena rasuk, sebab kuah akan pekat time by time.
2. Nak kick lagi kuah tu, lepas tutup api ce taburkan sikit white pepper lepas tu kacau-kacau manja. **kalau suka lah.
3. Masa nak makan tu boleh tabur bawang goreng dan daun sup/bawang kalau suka.


Kalau ada apa yang kurang ke tips lain ke uolls boleh share dengan iolls juga ye.

Ilmu adalah lebih bermakna dan kekal apabila dikongsi. 
ecehhh giteww~


Selamat mencuba ! 
;)




8 comments:

YattAkasah said...

dahkawen nnt la baru try.hehhe

irrayyan said...

Tgk ni teringat yee mee :D

Mek Onie said...

kegemarannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!

Unknown said...

yatt : mulakan sekarang! =P

Unknown said...

irra : sedap jugak kan kalau yee mee

Unknown said...

mek onie : sep sikit!

nuyui a.k.a miss YUI said...

Nyum2 sdp n mudh...

Kira Sakura said...

rajin haihhhh hihihihi

~Nuffy nuff nuff~