Hello.
Teringat dulu semester satu diploma (which is about 6 years ago), terkedek-kedek isi itu ini untuk apply PTPTN. Masa nak submit nervousnya macam nak buat performance atas stage!
Maklumlah, borang tak boleh comot, tandatangan saksi nak kena itu nak kena ini segala mak bapak la perlu. Macam nak meroyan rasa.
Tapi, demi mengejar cita-cita dan memegang segulung kertas yang ada tulis DIPLOMA.
ahkak sanggup dik non!!
Lepas tu habis belajar time nak bayar kemain sendu. Lulz.
Bayar tak bayar, bayar tak bayar, at last amount macam tak bergerak-gerak.
Nah, salah siapa? Mestilah salah diri sendiri kan tak ikut jadual bayar elok-elok..
herherher..alfadanlahmukakuuuu~
Dah sekarang ni bila dah tua besar sikit, baru fikir dan nekad kena settlekan hutang ni. Maka, barulah terkedek-kedek sekali lagi nak apply UJRAH. Dari 3% turun ke 1%.
Beza la amount dalam RM1k plus plus hingga RM2k gitu penjimatannya aku rasa.
Imaginasi serta niat tanpa usaha takkan membantu. Maka, semalas-malas beruang aku ni pun, aku paksakan jugak diri pergi UTC Pusat Transformasi Rakyat kat Puduraya tu untuk settlekan.
**itu je cawangan yang terdekat dan aku senang pergi.
Permohonan secara online dah tak hado.
Kau nak, angkatlah montotmu iteww dan pergi ambil borang sendiri cawangan PTPTN berdekatan.
Aku hapdet ni sekadar untuk tatapan dan ingatan kenangan sendiri masa depan nanti.
Tapi kalau ada yang baca, sila jadikan pengajaran.
Supaya tak tangguh-tangguh dan pemalas macam aku. hekhek~
Kalau ada ape yang salah ke atau ada benda nak tambah, please, aku dengan rendah diri meminta korang komen atau bagitau aku cepat-cepat.
About 3 years ago
Tried to apply UJRAH, tapi tengok agreement kena bayar RM148++,
Masa tu kerja tapi gaji mak memang sikit non. Pikir punya pikir,
"ish tak mampu la..takut nanti ada bulan yang aku tak cukup nanti kena skip bayar punya.
Baik takyah. Bayar je bila aku suka, berapa yang mampu."
Salah non...SALAH..!! Kau jangan pikir macam ni. Kau jangan malas pergi PTPTN dan berbincang dengan pegawai yang bertugas. Dorang boleh suggest penyelesaian. Kalau tak amik UJRAH pun tak silap aku kan ada yang boleh isi borang untuk declare bayaran ikut kemampuan kau.
Kalau kau duduk rumah mengangkang takde kerja pun, kau boleh mintak penangguhan ke ape.
At least, kau tak terikat dengan bunga yang kian mekar every month tu. =__="
Jangan kedekut duit gaji tu tak semena-mena. Hutang is hutang. Suka atau tidak kau kena bayar.
At least kau ketepikan gaji kau sebulan RM100 pun tentu suatu hari akan settle jugak.
**walaupun mengambil masa 1juta tahun mungkin! Lulz
So, disebabkan MALAS dan BUDUS, aku biarkan je. Tak apply pun UJRAH, takde buat pun apa-apa. Buat kata Kak Yana Life 101, dasar sangattt~ hekhek
Last Year (2014)
Tak ingat bulan berapa, aku dapat panggilan dari PTPTN. Haaa, mencemaskan bukan? Relax.
Panggilan tu ialah panggilan untuk offer UJRAH. Punya la aku eksaited, kali ni rasa memang nak la buat UJRAH tu. Sebab rasa kerja pun stabil, gaji ok sikit dari dulu.
Orang yang call tu kata nak email kat aku details serta agreement UJRAH. Siap ingatkan aku, nanti kena submit borang segala tu dalam tempoh 14 hari.
Aku pun duk refresh lah email aku, cari kat spam bagai. Memang takde. Janji manismu betul! Seminggu..sebulan..tak hado jugak email tu.
Seperti biasa, montot malas bergerak, takde pulak usaha aku call balik PTPTN atau pergi terus ke sana untuk tanya. Aku bayau sikit-sikit ja lepas dapat call tu.
24 April 2015
Nah, masa ni saka mana entah merasuk aku, rajin pulak aku cari PTPTN kat UTC pusat transformasi rakyat Puduraya tu mintak borang apply UJRAH.
Step dia senang je.
1. Amik nombor
2. Isi borang permohonan yang simple
3. Serah semula borang tu dan tunggu pegawai PTPTN bagitau layak ke tidak.
4. Kalau layak dia print out agreement dan segala borang yang perlu
5. Boleh isi laju-laju dan hantar terus kat pegawai tu. Kalau tak, serah dalam 14 hari selepas tarikh agreement atau surat tawaran baharu kita tu.
Oh ye, lepas balik dari PTPTN tu, malam, aku dapat email dari PTPTN bagitau permohonan aku telah diluluskan dan perlu submit agreement within 14 days tu. Dalam emel tu disertakan sekali agreement dan beborang yang macam aku dapat tadi serta panduan mengisi borang.
Good. Helpful.
At least kalau ada helaian borang yang kotor ke salah isi ke boleh reprint that particular page.
30 April 2015
1. Ambil nombor
2. Serahkan borang yang dah lengkap
3. Mula bayar ansuran once serah agreement dan beborang tu.
Aku kena terus bayar sebab firstnya dalam agreement aku dah tercatat kena bayar RM148++ selama 120 bulan bermula 1 April 2015.
Secondnya, aku kan submit on last day of April.
Bila lagi nak kena bayar ye dak?
4. SETTLE. Alhamdulillah. Maka bermulalah episod bary dalam hidup aku berkomitment bayau every month. Rasakannnnn~
Apa yang diperlukan dalam proses menghantar perjanjian UJRAH?
1. Fotostat satu set borang agreement yang kau dapat dari PTPTN sebab kena submit dua set. Actually dorang amik satu set je. Satu set lagi untuk kau simpan sendiri. Tapi dorang suruh submit dua set supaya set untuk kau nanti ada tandatangan pegawai PTPTN dan matikan stem hasil ori siap. Nama pun agreement kan. Both parties kena ade la salinan tu.
2. Kau kena isi la borang tu, part mana yang patut. Tak banyak pun nak isi actually.
3. Tandatangan saksi yang authorized.
4. Setem hasil 2 ketul (satu set satu setem hasil)
5. Tandatangan majikan dan cop syarikat. (jika berkenaan)
6. Satu salinan IC.
Honestly bagi aku, kalau kau jenis yang nekad proses apply UJRAH ni simple je.
Satu hari pun boleh settle. Idok le sukar nau nau. Antara rajin dan tidak je untuk kau naik turun ke sana sini sikit. Requirements pun tak banyak.
Nak senang camne lagi hidup ni ye dak~
Aku tak buat dalam masa sehari sebab masa dapat borang untuk diisi tu dah petang pun.
Aku pergi lepas office hour.
Mana dan nak gi pejabat pos beli stem hasil, mintak tandatangan bos segala.
Thats all for now.
Ini pun punyalah panjang, tak tau nak potong part mana lagi. hekhek.
Bye for now~
5 comments:
Hi, I enjoy reading your site! Is it okay if I contact you through email? Please email me back.
Thanks!
Harry
harry.roger10 gmail.com
hahaha...aza pon sma...skarang pon baru terkodek2 nak bayo..
:)
Salam..Nak tanye..tandatangan saksi tu boleh tak kita mintak pegawai PTPTN je yang jadi saksi?
Aza : ahahah at least ada usaha gteww..kikiki
Nurliyana : kalau tak silap boleh je..
Post a Comment