Ini untuk buat dalam loyang berukuran 8 hingga 10 inci gitu~
Bahan-bahan
i) 2 hingga 3 peket biskut OREO
ii) 2 blocks of cream cheese
iii) 2 blocks of whipped cream
iv) 1 sudu teh esen vanila
v) 3 hingga 4 sudu gula halus
vi) 2 hingga 3 sudu butter
**kalau takde whipped cream, ganti je dengan susu pekat manis tapi dah tak payah letak gula.
Nanti terlalu manis.
Cara Buat
1. Hancurkan 8 hingga 10 keping biskut OREO bersama krim di dalamnya.
**terpulang sebenarnya, kalau suka crust banyak kena hancurkan lebih banyak.
**tahap kehancuran pun ikut suka tapi jangan terlalu kasar nanti susah nak bentuk crust kat loyang.
Cara aku, masukkan dalam plastik then pecah-pecahkanlah pakai tumbukan ablasa ke kungfu tapak tangan ke atau ketuk-ketuk pakai cawan sampai hancur..hehe
Cara ni lebih clean and easy. Takdelah OREO kau terbang merata-rata.
2. Masukkan 2 hingga 3 sudu butter. Yang ni ikut berapa banyak biskut korang. Jangan terlalu banyak butter dan jangan terlalu kurang pula. Biar sedang elok je supaya nanti makan tak terlalu rapuh tak terlalu keras.
3. Susunkan tepek-tepek biskut hancur bercampur butter tadi dalam loyang. Bukan sahaja bahagian dasar loyang tapi tepi-tepi loyang sikit supaya boleh tampung cheese engkorang nanti.
**oh ye, aku pakai loyang yang boleh bukak bahagian tepi tu supaya senang nak hidang nanti.
Kantoi aku buat kerja kasau bebenau..hikhik~
4. Lepas tu masukkan crust korang ni dalam fridge kejap. Dalam 10 minit hingga 20 minit gitu.
5. Dalam bekas lain, putar whipped cream sampai dia kembang.
6. Dalam bekas lain lagi, putar cream cheese lepas tu masukkan esen vanilla dan gula. Putar adunan sampai nampak soft-soft gitu.
**kalau takde whipped cream kan ganti dengan susu pekat manis, putar je bersama adunan ni.
Lagi senang. Tak payah banyak bekas, bahan pun kurang. hee~
7. Masukkan whipped cream yang dah kembang tu dalam adunan cream cheese tadi. Gaul pakai method kaup balik tu je.
8. Patah-patahkan biskut OREO dalam 3 hingga 5 keping kasar-kasar dan masuk dalam adunan tadi. Tak perlu kacau beriya ye. Kaup balik je.
9. Masukkan adunan tadi dalam loyang crust yang telah disejukkan tadi. Hiaslah korang punya bahagian atas adunan tu dengan OREO yang telah dihancurkan atau just patah 4 biskut tu lepas tu susun cantik-cantik.
I iz so pemalas nak susun biskut Oreo atas adunan. Maka hancurkan kasar-kasar dan sprinkle je.
10. Masukkan OREO Cheesecake korang ni dalam peti ais selama 6jam hingga 2hari sebelum dinikmati. Sebabnya, supaya senang potong dan bila makan benda ni tak lembik nau.
Hasilnyaaaaaaaaaaa..............................
Crust aku nampak tebal kan? Sebenarnya bahagian tepi je tinggi, tengah lohong.
Fill up dengan adunan cream cheese.
Gambar keratan rentas kek takde sebab once potong terus makan dan lupa langsung nak amik gambau..hikhok~
Jangka hayat kek ni kat rumah tu tak lama sebab semua orang kat rumah macam jerung mix fusion dengan piranha..haha
Dalam masa sehari setengah kek ni dah gone! herherher~
Ok lah. Selamat mencuba!
3 comments:
Hi!!Lama betul Arisha tak singgah sini. Poskan ke sini please oreo cheesecake. Hehehe
alaahaii sedapnyaaa tgk pg2 ni..
sedapnya kek oreo :-)
Post a Comment