~Nuffy nuff nuff~

Tuesday, May 19, 2015

Resipi Biskut Nutella OMG


Intro kena tengok video ni baru dapat feel =D

Bahan-Bahan
1 butter stick bersuhu bilik (kalau tak tau, beli je butter 250gram tu belah dua)
2/3 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur
2-4 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh baking powder
1-2 sudu emplex powder (yang ni untuk crispy kan biskut, kalau tak letak pun okay je)
1-2 cawan chocolate chip
Nutella (nak ganti dengan peanut butter pun boleh)

**untuk tepung, boleh je nak pakai tepung naik sendiri. Kalau pakai tepung naik sendiri takyah baking powder dah. Lagi senang kot.
**tepung kena tambah ikut naluri sendiri kalau rasa doh terlalu lembik.
**kalau rajin sila ayak dulu tepung bagi dia tak berketul dan tekstur lebih ringan


Cara-Cara
1. Tepung campurkan dengan baking powder dan emplex powder kasi rata.
2. Dalam bekas lain pukul butter dan gula sampai rata. Boleh pakai mixer atau senduk kayu je.
3. Masukkan esen vanilla dan telur. Pukul lagi sampai rata.
4. Masukkan tepung sikit-sikit dan kacau sampai rata, sampai jadi doh yang boleh diuli.
5. Masukkan chocolate chip, uli kasi rata chocolate chip tu dalam doh.
6. Doh tu ambil sikit dalam lebih kurang satu sudu, bentukkan rata guna jari, letak nutella atau peanut butter kat tengah lepas tu tutup elok-elok supaya inti tak terkeluar. Inti boleh letak banyak atau sikit ikut taste sendiri.
7. Bakar dalam 15 hingga 20 minit dengan kepanasan 120c hingga 150c. Adjust ikut kepanasan oven korang yek. Kalau oven yang panas melampau kasi turun itu darjah celcius okay.

 
Aku suka inti peanut butter sebab kurang manis berbanding nutella.

Kalau pening baca resipi ni, boleh refer VIDEO ni. Aku dapat resipi dari situ lah.

Perlu diingatkan, ini memang jenis biskut lembut. 
Jangan ingat biskut korang tak jadi atau cepat lemau pulak.

Makan dengan aiskrim pon sodapppp~

Sekian. 

6 comments:

Unknown said...

Alahai sdpnyaa tgk.

MizzTina said...

rajin bebenor awk masak ye skang.. ni blh niaga ni..

Cik Lily Putih said...

sedapnye... nak sket..

YattAkasah said...

wahhh terliurrr

Farrah MF said...

Alahai, tergoda akak tengok biskut dgn inti dap dap dap!

Lydia Miza said...

Dah buat?? Mak aihhh sedapnya. Duk tgk org share kat fb je

~Nuffy nuff nuff~