~Nuffy nuff nuff~

Monday, June 1, 2015

Status Halal Secret Recipe

12.43 pm, 31 May 2015, Secret Recipe AEON Maluri.

"Tomyam Fried Rice dua, apple asam boi satu"

"Air satu je kak?"

"Aah satu je. Share sebab akak nak terkencing"


teheee part yang kata "kakak akak ni nak terkencing" tu tipu. 
Gila kau nak cakap camtu kat adik waitress manis tu walaupun ia adalah hakikat?


"Okay saya repeat order, tomyam fried rice dua, apple asam boi satu. Lagi?"

"Hah dik, akak nak tanya yang pasal......"

"Akak nak tanya pasal status halal tu ye? 
Yang tu sebenarnya kebetulan masa JAKIM datang check ada buat renovation. 
So, macam ada habuk-habuk, nampak macam tak bersih lah. 
Sebab tu lah jadi masalah sijil halal"


Wah kau dik. Potong cakap orang tua ye..haha padan muka si aku yang kepohci~


"Oh yeke..Kek jelah yang bermasalah ni? Tapi kalau makan tak mati kan?


hehe gurau aku ni cam kasau pulak~


"Hahahah takdelah kak. Tu je masalah dia sebenarnya. Renovation tu"

"Okay takpelah, order setakat yang tadi je dulu. Nanti kalau ada nak add on akak order"



Berdasarkan perbualan ini terpulang kepada anda yang membaca (kalau ada yang baca) untuk menilai. Aku just share perbualan ni.

Aku ada terbaca komen-komen orang mana entah duk bash kes status halal secret recipe ni, salahkan kerajaan dan sebagainya. Kadang-kala komen-komen tu takde kaitan pun aku rasa.

Whatever it is, semua orang ada pendapat masing-masing, fikirlah dengan waras. 

Pengajaran, halal haram bukan sebab ada DNA babi, anjing dan sewaktu dengannya sahaja.

Dan lagi, tak semua hal-hal semasa yang berlaku berpunca dari GST lah, kerajaan lah, ape lah.
TAK SEMUA ye. TAK SEMUA. 

Tapi kalau hal-hal seperti harga minyak naik bermula 1 Jun 2015 itu, aku no comment lah kan. tehee~


By the way, sedar atau tidak kita dah sampai ke pertengahan tahun 2015!
Cepatnyaaaa masa berlalu kan?
Aku tengah berfikir ni, sampai ke tahap ni apa je yang aku dah capai dalam hidup?
Korang nak join berfikir sekali tak?huhu~

6 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui nk join fkir tu..

hihi

oh psl tu jela.. kebersihan..

MizzTina said...

yg mana fhm isu ni, faham la..yg xfaham ni mula la merepek..

Wak Lat said...

salam jumaat, teringat jakim teringat cadbury ;p

Kira Sakura said...

thanks share

tapi memang jakim mentioned pasal aspek kebersihan kan. tapi tula mana yang dah rasa was2 tu baik takyah pegi lah kan. duduk rumah kelentang kelentung dekat dapur sendiri ehehehehe

Farrah MF said...

Hahaha memang tak tahan betul kalau isu2 begini, orang kait dengan isu lain yang tak relevan :)

Lydia Miza said...

Tq share. Akk tak abis pk psl apa sbb duk ckp kebersihan tp x mention dgn jelas pun.

~Nuffy nuff nuff~