~Nuffy nuff nuff~

Thursday, February 5, 2015

Petua Penjagaan Diri dengan Daun Sirih

Hey ho..!!

Dah macam pro sangatlah kononnya nak kongsi petua petui dengan orang kan. Macamlah orang tak tahu ye dak? Tak kisah lah kot sebab aku sure ada je yang tak berapa nak tau kan kan kan? hikhok~

Petua ni actually agak tahu tapi bila pembantu rumah kakak aku beriya cerita maka aku rasa macam, "Oh okey, camtu eh?" hiks.


#googlejerr

Kalau cakap pasal daun sirih, benda yang akan terlintas kat otak aku :

1. Rasa dia yang pedas-pedas pedau tu. 

2. Sirih ni untuk orang nak kawen. 
- Sebab, dulu kecik-kecik tengok bakal pengantin makan daun sirih. Untuk naik seri katanya. 
Dari segi logik, maybe sebab sirih tu kan pedas pedau, so akan menyebabkan pemakannya muka ala-ala blushing gitu. #konpidenjelebih

3. Untuk penjagaan wanita. 
- Sebab teringat iklan Sumber Ayu dengan ekstrak daun sirih lah, iklan yang Rossa tu lah..beheheh~
#pengaruhiklan



But then, daun sirih ni actually memang bagus untuk penjagaan wanita lah kebanyakkannya. 
Boleh je lelaki makan atau minum air rebusan dia actually. Sebab ada lah pernah terbaca elok jugak untuk:
- rawatan sakit mata
- rawatan sakit gigi
- rawatan kulit 
- kecutkan jerawat



Basically, apa yang pembantu rumah kakak aku highlightkan itu hari ialah air rebusan sirih bagus untuk :
- merawat keputihan
- jaga kebersihan 'wanita'
- hilangkan bau badan, bau mulut



Lepas tu dia ada suggest rebus daun sirih tu, then wapkan kat muka, sedut asap dari air rebusan tu.
Ini bagus untuk merawat resdung.



Untuk kebersihan wanita:
- rebus daun sirih dalam 7-9 helai. Air rebusan tu engkau ambillah satu cawan untuk minum, selebihnya guna untuk mencuci. Ini ala-ala Lactacyd, Sumber Ayu bagai tu tapi versi original lagi tradisional..cewahhh gteww~  

- Make sure minum air rebusan yang suam-suam panas. Bila dah sejuk dah tak kaw la untuk merawat. Untuk mencuci pun air tu biar suam-suam gitu.

- Daun sirih yang engkau rebus tu jangan buang dulu ye. Masa mencuci tu sila tepek sebentar di kawasan yang perlu. Bagus untuk rahim, menghilangkan rasa tidak selesa atau melegakan rasa gatal. Elok untuk orang dah kawen katanya.

**fuh banyak kali taip delete taip delete part untuk kebersihan wanita ni..haha kang straight forward sangat ada orang rasa macam tak appropriate pulok..puas iolls tapis ayat..beheee~ 



Testimoni?

Ermm so far minum air rebusan tu memang rasa dia boleh lah tahan. 
**walaupun kekembang hidung meneguk 
Rasa pedas pedau kat lidah tu buat lidah rasa macam kebas kejap. 
Sekejap je. Tak lama pun. 
Engkau preprare lah bebenda manis untuk makan lepas teguk air rebusan sirih tu. 
Girls, ini memang bagus untuk settlekan masalah keputihan I tell you~

Okaylah. Nak share ni je. 
Untuk details dan khasiat-khasiat lain korang rerajinlah google lagi dan baca oke?

Kalau ada info tambahan, jangan lupa share dengan iolls jugak kat ruangan komen.
Deal?

Taa for now~
xoxo

5 comments:

MizzTina said...

dik, awk dh cube ke blm? mesti dh kannn.. pttla comel..

nuyui a.k.a miss YUI said...

thnx sharing dear..
yui xpenh rasa air daun sireh..mcm nak try...

YattAkasah said...

simple. tapi nk buat tu malas.haha..

irra yyan said...

Masa baby kena ekzema teruk, mommy mandikan dengan air daun sireh...berbulan sampai sembuh ekzema

siti humairah Yasin said...

Asalam., nice info...nak tya, air rebusan sirehtu blh simon brala lma ye?

~Nuffy nuff nuff~