~Nuffy nuff nuff~

Thursday, March 12, 2015

Kaki Buruk!

Eiii buruk lah tapak kaki bila kering! 

Kulit jadi pecah-pecah lah, bebulus-bulus. 

Well, literary bulus. Bukan bulu rerambut tu ye. 
It means bila kau pegang tumit yang kering tu rasa macam berbulus. 
aaaa paham tak agaknya?? 

Aku kalau pakai selipar atau sandal yang tak bertutup mesti jadi lagi teruk.
Nak beli krim Scholl la hape untuk cracked heel tu quite costly. 
Keberkesanannya tak seberapa untuk aku. 


 So, method paling zassss :

VASELINE.

Ye, Vaseline ye kawan-kawan. 

Murah. Berkesan. Cepat.


Aku benaunya tak berapa gemarkan Vaseline sebab dia membuatkan aku rasa rimas melekit-lekit dan panas. Memang tutup segala liang pori kulit kalau sapu tu. 

Tapi, sebab dia membantu dengan cepat, aku pakai jugaklah sekali sekala.





Sebelum tidur, sapu Vaseline dan pakai stokin. 

Kalau teruk sangat kaki tu buat la selama seminggu berturut-turut.
Kalau tak, buat bila kau rasa perlu je.

Vaseline ni murah. 
Satu balang besau pun baru berapa RM je ye dak?
Tahan lama pulak tu.

Selain dapat membantu atasi kulit kering dengan cepat dan murah, boleh atasi bibir kering pecah-pecah kedarah tu jugak.

Sapu je kat bibir sebelum tidur. 

Esok kau bangun dah boleh pakai lipstick matte.

ehhh???tetibaaa

kbai~




5 comments:

nusha fasha said...

Ok gak ni..kdg sapu gak kat tgn. Huhu

Hana Arose said...

Perkongsian yang menarik kak puteri beribiru :-)

secawan kopi said...

sangat berguna bila mengerjakan umrah dulu

YattAkasah said...

yatt pakai losyen ok ta?

nik ros said...

nnt blh try, thanks tuk info ni

~Nuffy nuff nuff~