~Nuffy nuff nuff~

Monday, April 13, 2015

Short-term Memory

Engkau pernah tak rasa, bila kau perlu sangat-sangat ingat sesuatu perkara tapi otak kau betul-betul fail searching memory tu dalam mana-mana folder otak kau?

Ke aku sorang je yang macam ni sebenarnya?

Aku selalu lupa banyak benda. Terlalu banyak. Siryes dah tahap down gila sekarang.
Terpikir jugak, aku ni cacat ke benarnya ek? 
Mungkin sebab aku ni kurang fokus dan malas guna otak.

Bukan kata benda tak penting je aku lupa, like seriously, benda-benda penting pun aku boleh lupa. 
Contoh? 
Tarikh arwah mak aku meninggal. 
Aku betul-betul selalu lupa. Yang ingatkan selalu pun mesti kakak aku yang sulung. 
Kalau dia tak ingatkan aku pagi tadi, tentu aku lupa tarikh 13 April 2011 tu. 
Kenapa aku lupa? 
Aku bukan tak sayang arwah mak aku, tapi aku memang lupa.

Tapi ada la ketikanya aku tak lupa pulak bebenda tak penting dalam hidup. 
Macam, gerai mana berdekatan UUMKL tu yang ada jual tempe goreng sedap dan crispy.

haih.

Macam mana aku belajar dengan otak aku yang lembab dan sering lupa ni? Entah. Tu pasal selalu markah pun cukup-cukup makan kot. Bayanglah, itu hari untuk paper finance aku memang agak confident la dengan the formulas. Guess what? During the exam, aku lupa. Aku blurr. 
Bye Finance 1. Aku doa dapat cukup-cukup makan sudahlah.

Sekarang, aku masih lagi cuba mengingat sesuatu yang sangat-sangat penting. 
Still, aku belum berjaya ingat benda tu.
Sampai kena label penipu. 

Memang aku mengaku aku ada menipu pun sebelum ni. Padanlah kena pun.
Tapi kali ni bila aku betul tak menipu, penyakit lupa dan kebodohan aku ni tetap buat aku jadi penipu. 
Itu lah, suka tipu plus asyik lupa.

hmm

Rasa macam lepas ni aku perlu catat kata-kata, perbuatan, peristiwa-peristiwa penting aku kat mana-mana supaya aku boleh refer balik masa depan.

Dungu nya aku.
;'(

~Nuffy nuff nuff~