~Nuffy nuff nuff~

Monday, May 11, 2015

Makanan Bibir

Perempuan.

Cuba bukak beg mekap atau tengok koleksi lipstick, lipbalm, lipgloss masing-masing.

Berapa banyak semuanya?

Berapa banyak yang betul-betul you suka dan selalu pakai?

Berapa banyak yang akan you pakai sampai habis?



Aku?



Aku banyak koleksi, tapi yang suka pakai penyudahnya hanya satu.

Dan, kali pertama selama 25 tahun plus plus hidup ni, merasa pengalaman pertama lipstick habis.
haha tak penting pun tapi saja cerita kat sini.

Mana tau, nanti dah tua baca balik blog sendiri yang sendu ni.
Ada la jugak hiburan ye dak?
Lulz~


Ini pun habis lepas setahun kot!

Mula-mula beli sebab kengkonon nak la lipstick yang berubah ikut warna darah gitu.
Tapi tak suka sebab orang lain pakai jadi pink-pink comel, aku pakai jadi merah!

Lama-lama tu tengok orang promote VS Lipglow kat IG pulak.
Rasa terpengaruh jugak sebab nampak testimoni macam best.

Tapi, teringat yang aku masih ada lipstick tak habis-habis. 
Kerana kedekut, aku tenyeh jugak lipstick ni konon taknak membazir.
Nak pujuk hati, duk bermonolog "ala, sama je benda ni semua"

Lama-lama makin suka pulak dengan lipstick ni. 
Rasa macam sihat sikit bibir ni bila pakai lama-lama. Warna tahan lama dan nampak cantik pulak.

Sabtu itu hari, aku pergi kedai jamu cari lipstick ni. Tapi gatal beli jenama lain  terpulak. Tak boleh nak cakap la jenama apa tapi pesaing terdekat jenama lipstick aku suka ni..hehe
Tak sesuai rasanya kat bibir aku. Tak cukup moist. Color pun kureng. 

At last, cari lipstick ni semula. Baru puas hati. Lipstick apa?


Nah...inilah dia my favourite lipstick..!!
Lipstick Collagen DHerbs.. Terlajak larissssssssss
**gaya Dato' Alif Syukri..hehe

Harga standard RM25. Tapi kalau kau cari kat kedai-kedai jamu ni boleh dapat kurang.
Aku dapat dalam RM20 - RM21 camtu je. Okay la harga dia kan?

Bagi aku so far this is the best collagen lipstick ever. I mean kalau yang murah la.
Tapi lain orang lain kan.
Ada sorang kawan aku ni pakai dia rasa tak sesuai. Bibir jadi kering.

Korang? Kena lah try kalau nak tau sesuai ke tidak.
Yang pasti aku suka sebab berkesan, warna tahan lama, dan menjimatkan.
Jimat sebab kalau kau mekap ke tak mekap ke tapi nak berlipstick, pakai je liptip kolagen kateko ni.
Tak payah nak apply lipbalm, pastu lipstick pulak and some, finishing nak lipgloss pulak.

Lagi satu jenama yang macam okay is this one :

Ni kawan aku punya. Warna dia pun ikut darah. Tahan lama dan moist.
Gincu Mungil Glossy Collagen jenama Jamu Jelita.
So far aku try semalam okay jugak. Bezanya yang ni saiz dia kurus dari lipstick collagen Dherbs.

Aku pilih untuk setia dengan Dherbs dulu buat masa sekarang.
Sebab kagum dengan founder dia. Usahawan berjaya okay walaupun asyik kena bahan! eh tetiba~


Ermmm malu nak tunjuk tapi, kot lah ada yang nak tengok acane ghope bibior kalau pakai liptip kolagen kateko tu kan...............


No edit, no filter. 
Yang atas tu nampak cerah sikit sebab amik gambo kat tingkap. 
Kena biasan cahaya matahari giteww. 


So, uolls acane pulak? What is your favourite lipbalm/lipstick?

10 comments:

Anonymous said...

wah canttik kak puteri beribiru pakai lipstick :-)

nuyui a.k.a miss YUI said...

xpnh try yg dherbs..

yui lak tak menntu.. ikut suka..hahah..

Unknown said...

best jugak guna colagen lipstik tu.. :)

Mar Mansor said...

menarik

Kira Sakura said...

saya dah bertahun takde lipstik sejak kawen gamaknya. bibir sensitif, pakai je mesti pecah2 sampai berdarah. ada jugak kawan suggest dhers mcm awak pakai ni. tapi tu la belum beli2 lagi sebab takut pakai nanti jadi merah makngah bibir kite kohkohkoh

Kira Sakura said...

saya dah bertahun takde lipstik sejak kawen gamaknya. bibir sensitif, pakai je mesti pecah2 sampai berdarah. ada jugak kawan suggest dhers mcm awak pakai ni. tapi tu la belum beli2 lagi sebab takut pakai nanti jadi merah makngah bibir kite kohkohkoh

MizzTina said...

nk try la yg terlajak laris tu... bibir akak xcntik..

Farrah MF said...

Akak tak pernah cuba lagi terlajak laris ni. Tapi ada kawan2 yg memang dah jadi pengguna setia :)

AYuNG said...

cantek

=)

Lydia Miza said...

Hahaha akk br sekali kot pki lipstik habis. Lainnya ntah mana akk humban. Beli satu bosan. Pastu beli lain beli lain x gak habis

~Nuffy nuff nuff~