~Nuffy nuff nuff~

Tuesday, June 30, 2015

Kek Coklat Moist NAMEE ROSLAN

Motif tajuk?

hehe

Sebab iolls ikut RESIPI KEK COKLAT MOIST kat blog NAMEE ROSLAN.

Hai Namee. I adore you =)
**menyempat~

Follow je sebijik sebutir resipi tu, pasti kek menjadi. 

Kalau derhaka sikit, jadi macam kek aku kat bawah ni. herghhh~



Ganache tak smooth langsung dan tak cukup untuk cover the whole cake. booo~

Sebabnya aku pandai sangat pi pasang api, cairkan mentega baru letak cocoa powder lepas dah sebati, dekat nak menggelegak baru aku masukkan susu pekat manis. 

Kan Namee dah kata, masak semua bahan sampai sebati?

Means masukkan semua bebahan ganache tu sekali dalam periuk baru masak atas dapur. booo lagi~



Tapiiiii takpe kot..sedap je rasanya..makan dengan aiskrim lagi zasssss!! nyums~



RESIPI KEK COKLAT MOIST / CHOCOLATE MOIST CAKE / or whatever you called it~

Bahan A
1 cawan gula perang
1 cawan susu full cream (aku ganti dengan susu skim)
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko (tapi aku pakai setengah cawan serbuk koko van houten, setengah cawan minuman coklat 1 Malaysia. ihiks)

Bahan B
1 1/4 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
(aku pakai tepung berserbuk penaik je terus, senang)

Bahan C
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Topping / Sos Coklat / Ganache
1 sudu butter
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
(yang ni maybe korang adjust-adjust lah sikit kalau nak banyakkan lagi topping nya)


Cara-cara:

1. Masukkan kesemua bahan A dalam periuk, masak dalam api kecik, kacau sampai sebati.

2. Ayak bahan B

3. Kacau bahan C hingga sebati.

4. Masukkan bahan C ke dalam bahan A, kacau hingga sebati.

5. Masukkan bahan B sikit demi sikit dalam campuran bahan A dan C tadi. Kacau sampai tak berketul. Guna senduk kayu je pun boleh.

6. Bila adunan dah sebati dan tak berketul-ketul, masukkan dalam loyang lepas tu kukus dalam 1 jam 20 minit.
(Kalau tak konfiden, adunan tadi boleh ditapis sebelum masuk dalam loyang. Kot la hangpa rasa adunan hangpa tu tak bebas ketui..hikhik)

7. Untuk topping, masukkan kesemua bahan-bahan topping tu dalam periuk lepas tu masak sampai sebati dengan api kecil lepas tu boleh curah membaluti kek tersebut. SIAP!



Aku ada baca kat facebook, resipi yang macam ni jugaklah. 

Depa kata memang kalau ikut resipi camni chocolate moist cake korang memang konpem akan jadi. 

So, goodluck! =)

7 comments:

NUNU EERA said...

kite pn adore namee jgk.. hehe..
xpandai nk baking la.. so tgk org je la baking.. huhu

Syazana Khairol said...

boleh cuba buat la nanti hehe

Mirabeads azi said...

hmm...sedap nih..
#clickclicknuffnang

YattAkasah said...

chocolate cake my favvvv..

secawan kopi said...

Wah sedap!! Nk try ah

Aya Zuki said...

aaaaaa sedapnyaaa T_____T dugaan dibulan puasa

nik ros said...

sedappp nya kek coklat tu. terliur.nasib baik tgk waktu mlm.hihi

~Nuffy nuff nuff~