~Nuffy nuff nuff~

Tuesday, July 28, 2015

Krabi : Ao Nang Beach

Sambungan CERITA KRABI.

Lepas check in tu kitorang bantai melantak dulu. Masing-masing letak beg and cari makanan. Lapaq weyyy. Kat sana tak susah cari makanan halal, so kami pun cuba lah satu restoran ni nama dia Bamboo Restaurant. 

Masa tu lapaq dah tak ingat nak snap gambar restoran. hehe. Yang pasti Bamboo Restaurant ni terletak lebih kurang 5 minit je berjalan kaki dari White Sand Krabi Hotel. Rekaan simple, of course ada sentuhan interior design tradisional Thai sikit. Makanan pun sedap dan reasonable. Total 15 orang makan dalam RM400 camtu. Order macam-macam ye. Segala nasi goreng lah, ikan masak stim seekor, ikan goreng garlic dan halia 3 ekor, sotong goreng tepung, tomyam, segala sup lah hape. Berbaloi lah sebab macam lebih kurang RM26 seorang. 

Lepas makan kami pun berjalan lah beramai-ramai ke Ao Nang Beach yang terletak lebih kurang 5 minit dari White Sand Krabi Hotel tu jugak. Kiranya hotel kami dapat ni tempat dia strategik lah. Strategik, bajet, dan sediakan makanan halal untuk breakfast. Okay lah tu.






As you can see, takdelah ape sangat. Biasa je. Masa ni air surut pun. Orang nak rendam-rendam kaki main-main air sikit okaylah. Kakak aku cakap bau dia busuk. Kiranya tak payahlah kau ke pantai ni dan feeling-feeling tarik nafas dalam-dalam menikmati aroma laut. Hentikan jelah. Setakat nak jalan-jalan ke amik gambar tu tahan lagi lah.



Ini aku snap pagi sebelum weolls check out dan berangkat dari situ. Babah aku kata,

"Hah tu ikan todak!"

Okaylah bah. Adik beradik lah tu. 

Kesal jugak tak pi dekat-dekat dan baca penerangan kat situ. Nak tau jugak kenapa ada statue ni ye dak? So aku google jelah pasal ikan ni. Nama dia sebenarnya adalah sailfish. Nak tahu kenapa, bagaimana dan sebagainya, boleh baca artikel INI

Oh ya, sepanjang jalan nak ke Ao Nang Beach ni kita boleh jumpa banyak kedai dan restoran. Kalau nak cari souvenir ke, topi ke, baju mandi ke, even the popular Nutella Banana Pancake, boleh cari sekitar sini. 

Believe it or not, sepanjang 4 hari 3 malam aku kat sana, tak rasa pun pancake tu. Mak sentap. Terus rasa nak beli roti canai dan sapu nutella lepas tu finishing letak banana. Puas hati makkk...!! Tapi, bila tu yang kita tak tahu. teheee~  And of course, rasa mestilah tak sama dengan yang kat sana tu kan? huh whatever~ Taknak pikir sangat nanti boleh meroyan! ahakz~


Next : Phunaka Elephant Ride & Emerald Pool.

4 comments:

Fazleyatul Aini said...

bestnya krabiiiiiiiii pantai cantik sgt

Aya Zuki - Master Shaklee | Consultant Quantum Metal said...

bestnyaaaaaaaaaaaaaaaa..krabi memang cantikk pantaii

Mek Onie said...

teringin la nak Ao Nang,tapi entah bila,haahahhaa

Nanie said...

haiii..salam perkenalan dr sy.. blog sy pun tengah cerita pasal KRABI. best kan krabi.

~Nuffy nuff nuff~