~Nuffy nuff nuff~

Thursday, February 25, 2016

Muffin Dalam Tin Susu

Warning!


Jangan isi adunan ke dalam muffin cup lebih dari separuh cup tu atau...............



Ahakkkzzzz melimpah ruah tak memasal~


Kelakar oke. Nasib baik masa ni test bakar 3 ketul dulu. 
Kalau terus buat banyak-banyak? zzzz


Yang tak boleh blahnya, ada lah sorang budak (kawan adik aku) ni komen kat FB. 
Aku tak tau nak gelak ke nak marah dengan komen ni ;


**muffin bersalut tin susu will be totally different than tin susu bersalut muffin by the way (',')~


Nak marah pun tak boleh. 
Ini adalah salah satu contoh betapa sekeping gambar boleh mendatangkan pelbagai persepsi.
Social media nowadays~
hehe


Jangan pandang rendah okay, rasa dia ohsem je makan pepanas. 
Yang melimpah ruah tu agak crunchy dan rasa dia macam rotiboy. 
Serius!


Yang ini aku letak inti sos beribiru. 
So jadilah mufin beribiru yang over macam Puteri Beribiru jugak..
hehe


Lepas tu aku dah kurangkan kuantiti adunan dalam muffin cup.
Buat inti pakai Reese's Peanut Butter Chocolate pulak.



Helok je muka dia jadinya.






By the way, ni first time aku buat muffins so please excuse lah rupa yang tak berapa nak helok ni kan. 
Boleh lah dari takde weyy.. 
Boleh jugak weolls bawak bekal pergi sekolah / kerja.


Tudiaaaa masuk dalam bento.
Jimat!


Oh ye, muffin cup titew comel kan?
Kami beli kat kedai bahan-bahan membuat kek, roti dan pastri.
Kedai tu berhampiran dengan LRT stesen Cheras.


Doraemon ni dalam RM 6.90 je tak silap.


Yang Hello Kitty ni mahal sikit sebab dia lebih banyak dari Doraemon tadi.
Harga tak ingat la. RM12.90 kot.


Maka sekarang dah pasti, yakin dan sure 100%, i did not use "tin-susu-tak-buang-kulit" yek =)

errr ada ke orang buat muffin/cupcake guna tin susu anyway? 
Aku rasa boleh je kalau nak buat betul-betul kan?
Recycle maa... Cintai alam sekitar tema dia..

Plus, boleh acah-acah hipsturrrrr sikit! =P

No comments:

~Nuffy nuff nuff~