Orang lain habis sekolah dah amik lesen kereta.
Aku?
Umur 27, Ahad 28 Februari 2016 yang lepas baru pi amik Ujian KPP 01 tau.
Pathetic gila tapi who cares anyway~
Orang-orang yang dah lepas semua kata senang, semua kata tak payah risau tapi biasalah, kita yang baru nak menghadap ni macam-macam perasaan ada.
Baca dah berminggu tapi baca setakat dua tiga soalan lepas tu tidur mana nak datang relax tu kan. Esok nak exam hari ni baru betul-betul baca dan fahamkan, baru serius nak study.
Memang penyakit aku dari dulu kot. Dari sekolah, sambung belajar sampailah amik lesen ni lah.
**kalau ada yang baca ni please jangan contohi**
Ni untuk rujukan kalau ada sesiapa yang memerlukan.
Proses untuk mengambil ujian berkomputer (KPP 01) :
1. Ambil nombor giliran
2. Tunggu sehingga nombor dipanggil
3. Bila nombor dipanggil nanti bagi IC
4. Cap jari
5. Bayar RM10 (bagi first timer. Yang repeat takde bayaran diperlukan)
6. Ambil gambar (maka pakailah kemas-kemas kasi gambar semenggah sikit)
7. Pegawai bertugas bagi satu kad yang ada nombor meja / PC
8. Jawab exam (beg dan barang-barang letak kat rak yang disediakan)
9. Habis jawab boleh pass semula IC dan kad yang ada nombor meja / PC kat pegawai bertugas.
10. Dapat printed result. Settle.
Terkilan sikit sebab aku tak tau masa tu amik gambar, so aku sangatlah tak ready, selekeh.
Tudung senget, muka pucat.
Tapiiiii takpelah. Yang penting dah lulus.
Alhamdulillah ;)
No comments:
Post a Comment